Wednesday, 5 December 2012

Jilid 10 - Nabi Muhammad SAW Dianugerahi MUKJIZAT


Mengungkap pengertian dan manfaat mukjizat, berbagai-bagai mukjizat para rasul dan mukjizat-mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW; baik mukjizat yang berupa ucapan mahupun perbuatan, seperti peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW membelah bulan, makanan sedikit mencukupi untuk dimakan ramai orang, berita Nabi Muhammad SAW tentang datangnya angin taufan dalam Perang Tabuk. Doa Nabi Muhammad SAW untuk meminta hujan dan banyak lagi mukjizat-mukjizat yang lain termasuk mukjizat terbesar Rasulullah iaitu Al-Quran.



Terlalu banyak perkara-perkara menarik tentang mukjizat yang perlu kita ketahui dari Jilid 10 ini. Untuk mengenali dengan lebih dekat Baginda Rasulullah yang sangat mulia ini maka marilah kita baca Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW.  Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang dicintai dan mendapat syafaat darinya.  Inn syaa Allah...



Saturday, 13 October 2012

The Message

Kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW pada masa awal kenabiannya.  Filem sepanjang 178 minit ini memaparkan perjuangan Rasulullah memimpin umat Islam yang menghadapi tindakan yang sewenang-wenangnya oleh para penduduk Mekah pada waktu itu.  Ini adalah kisah benar yang mengagumkan yang meliputi perjalanan hijrah Nabi Muhammad dan pengikutnya ke Madinah, Perang Badar, Perang Uhud serta diakhiri dengan perjuangan pembebasan Kota Mekah.

Filem "The Message" yang dibintangi oleh Anthony Quinn sebagai Saidina Hamzah sebagai pelakon utama di era 70an, telah diiktiraf oleh Universiti Al Azhar, Mesir dan negara-negara islam yang lain. Filem ini adalah satu-satunya filem keluaran "hollywood" yang menceritakan tentang sejarah agama islam yang sebenar. Filem ini juga telah menjadi bahan rujukan oleh para penceramah untuk menunjukkan beberapa babak seperti babak peperangan dalam Islam dan babak ujian yang dihadapi oleh para sahabat Rasulullah.










Saturday, 29 September 2012

Sinopsis Jilid 1 - Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW



SEBAGAI UTUSAN ALLAH

Mengandungi pembahasan mengenali nabi dan rasul, iaitu dari segi pengertian, ciri-ciri sifat, tugas, keperluan dan kewajipan manusia terhadap rasul, profil para nabi dan rasul sebelumnya yang disebutkan di dalam Al-Quran, sejarah ringkas Nabi Muhammad SAW, kedudukan Nabi Muhammad SAW di antara para nabi dan rasul serta suka duka dakwah Nabi Muhammad SAW yang terpaksa baginda hadapi dalam mengembangkan syiar Islam di Jazirah Arab.

Di dalam Jilid 1 ini juga di ceritakan bagaimana keadaan baginda yang daripada kecil tidak sama sekali bersetuju dengan aktiviti-aktiviti jahiliah kaumnya pada masa itu dan bagaimana baginda memilih untuk mengasingkan diri di Gua Hira untuk mententeramkan hatinya. Masyarakat jahiliyah pada masa itu begitu taksub dengan cara penyembahan masing-masing.  Ada yang kononnya menyembah malaikat, jin, ruh, hantu, bintang-bintang dan berhala-berhala yang dicipta.

Dan pada waktu itu juga agama ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) juga berkembang di seluruh Jazirah Arab.  Agama Yahudi di kembangkan oleh kaum Yahudi yang menetap di sana setelah diusir oleh Kerajaan Romawi dan agama Nasrani berkembang kerana mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Romawi dan Habasyah pada waktu itu.

Jilid 1 ini juga mengupas semua aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan yang bertentangan dengan akidah yang dilakukan oleh bangsa Arab pada masa itu.  Mereka juga menuduh Nabi Muhammad dengan tuduhan-tuduhan yang berat dan menyakitkan yang tidak ada seorang manusia pun yang sanggup menghadapi semua tentangan tersebut melainkan Rasulullah yang telah diberikan Allah kekuatan fizikal dan rohani. Baginda dengan penuh kesabaran dan konsisten terus menerus menyebarkan Islam dari secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan dan akhirnya sampai ke bumi Madinah. Disana juga baginda tidak sunyi menghadapi tentangan.

Milikilah Ensiklopedia Nabi Muhammad ini untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai perjuangan baginda Muhammad SAW yang dicintai.  Contohi sikap dan keperibadian baginda dalam menghadapi dugaan hidup didunia untuk kita menhadapi kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak.






Monday, 17 September 2012

10 KEISTIMEWAAN ENSIKLOPEDIA NABI MUHAMMAD SAW





  • Menampilkan peribadi Nabi Muhammad SAW secara lengkap dan terperinci, terdiri daripada sepuluh jilid yang mengandungi lebih kurang 300 halaman; meliputi asal-usul keturunan Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan sahabiyah dan masyarakat disekelilingnya, penampilan fizikal dan gaya hidupnya, berbagai peranan dan pekerjaannya dalam aspek-aspek utama kehidupan serta mukjizat-mukjizat yang dikurniakan kepadanya.

  • Disusun dengan kaedah kronologi dan berasaskan tema.  Kaedah kronologi dipakai untuk menampilkan aspek rentetan sejarah, sedangkan kaedah yang berasaskan tema digunakan untuk mempermudahkan pemahaman pembaca.

  • Karya asal bukan terjemahan; ditulis oleh para penulis muda Muslim Indonesia yang prihatin pada ilmu, sejarah dan budaya Islam.

  • Disusun dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua pembaca.  Sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. 

  • Merujuk pada sumber-sumber yang jelas dan tepat seperti Al-Quran, kitab-kitab hadis terkemuka (Kutubus Sittah), kitab-kitab sirah atau sejarah terkemuka (Thabari, Ibnu Hisyam, Ibnu Sa’ad), kitab-kitab tafsir terkemuka (Ibnu Katsir) dan lain-lain.

  • Lengkap dengan teks Arab untuk sumber-sumber yang diambil dari Al-Quran dan kitab-kitab hadis, dilengkapi dengan terjemahannya dalam Bahasa Malaysia; sehingga ensiklopedia ini layak dijadikan rujukan bagi kalangan khusus yang memerlukan naskah asal (bukan terjemahan).

  • Tidak mengandungi kontroversi dan bebas dari pemahaman yang menyimpang terhadap ajaran Islam kerana telah melalui pemilihan dan saringan terhadap sumber-sumber rujukan dengan menggunakan parameter pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, yakni pemahaman para Sahabat (generasi yang sezaman dengan Nabi SAW), para Tabi’in (generasi sesudah Sahabat) dan para Tabi’ut Tabi’in (generasi sesudah Tabi’in).
 
  • Penulisan buku ini akan memudahkan para pembaca untuk mengambil ibrah penting (pelajaran berharga) dan hikmah dari setiap kejadian sejarah, peranan utama dan segala keteladanan yang dicontohi oleh tokoh-tokoh besar dalam catatan sirah nabawiyah.

  • Dilengkapi dengan 5000 lebih gambar ilustrasi yang menyokong pembahasan, terdiri daripada lukisan, gambar foto, diagram dan peta.  Gambar ilustrasi berfungsi untuk mencerminkan penulisan dan memperjelaskan pemahaman kerana gambar-gambar ilustrasi ini mengoptimakan fungsi otak kanan pembaca sehingga meningkatkan daya ingatan terhadap bahan bacaan.

  • Susun atur dan reka bentuk secara artistik dengan tata letak dan warna yang menawan sehingga mencerahkan pandangan mata pembaca agar pembaca tidak merasa bosan dan letih ketika membaca ensiklopedia yang setiap satu jilid mempunyai lebih kurang 300 halaman.
      Jika berminat untuk membeli atau menjadi pengedar, sila pm kami di http://www.facebook.com/ensiklopedia.nabi.saw
 

Saturday, 15 September 2012




Ensiklopedia ini telah diterbitkan di Indonesia pada 2011 dan mendapat sambutan yang sangat baik dan terlaris dipasaran. Sehingga sekarang ia telah dicetak berulang-ulang kali.  Pada tahun ini iaitu tahun 2012, ensiklopedia ini telah di terjemahkan dan di edit ke Bahasa Malaysia.  Tujuan penerbitan adalah untuk memudahkan masyarakat Malaysia memahami isi kandungan ensiklopedia ini dengan lebih baik dan dapat menjadikannya sebagai bahan rujukan umum.  Sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk semua peringkat umur.

Jika berminat untuk membeli atau menjadi pengedar, sila pm kami di http://www.facebook.com/ensiklopedia.nabi.saw


Wednesday, 12 September 2012

ENSIKLOPEDIA NABI MUHAMMAD SAW merupakan biografi terlengkap Nabi Muhammad SAW, menceritakan tentang ketokohan peribadi dan kisah hidup Rasulullah secara jelas dan terperinci. Teladan Nabi Muhammad SAW dalam menjalani 10 peranannya di dunia dapat menjadi bimbingan berharga bagi umat Islam dalam mengharungi kehidupan sehari-hari.

Prof. Dr. Nabilah Lubis, MA (Penasihat Ikatan Cendekiawan Muslimah
Sedunia)

Jilid 1 : Nabi Muhammad SAW Sebagai UTUSAN ALLAH
Jilid 2 : Nabi Muhammad SAW Sebagai KETURUNAN BANGSA ARAB
Jilid 3 : Nabi Muhammad SAW Di antara PARA SAHABAT
Jilid 4 : Nabi Muhammad SAW Di antara PARA SAHABIYAH
Jilid 5 : Nabi Muhammad SAW Dalam RAGAM GAYA HIDUP I
Jilid 6 : Nabi Muhammad SAW Dalam RAGAM GAYA HIDUP II
Jilid 7 : Nabi Muhammad SAW Sebagai PENDIDIK
Jilid 8 : Nabi Muhammad SAW Sebagai USAHAWAN
Jilid 9 : Nabi Muhammad SAW Sebagai PEMIMPIN
Jilid 10 : Nabi Muhammad SAW Dianugerahi MUKJIZAT

Buat masa ini, Ensiklopedia ini tidak boleh didapati di kedai-kedai buku di Malaysia.

Jika berminat untuk membeli atau menjadi pengedar, sila pm kami di http://www.facebook.com/ensiklopedia.nabi.saw. 
Terima kasih.