Saturday, 29 September 2012

Sinopsis Jilid 1 - Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW



SEBAGAI UTUSAN ALLAH

Mengandungi pembahasan mengenali nabi dan rasul, iaitu dari segi pengertian, ciri-ciri sifat, tugas, keperluan dan kewajipan manusia terhadap rasul, profil para nabi dan rasul sebelumnya yang disebutkan di dalam Al-Quran, sejarah ringkas Nabi Muhammad SAW, kedudukan Nabi Muhammad SAW di antara para nabi dan rasul serta suka duka dakwah Nabi Muhammad SAW yang terpaksa baginda hadapi dalam mengembangkan syiar Islam di Jazirah Arab.

Di dalam Jilid 1 ini juga di ceritakan bagaimana keadaan baginda yang daripada kecil tidak sama sekali bersetuju dengan aktiviti-aktiviti jahiliah kaumnya pada masa itu dan bagaimana baginda memilih untuk mengasingkan diri di Gua Hira untuk mententeramkan hatinya. Masyarakat jahiliyah pada masa itu begitu taksub dengan cara penyembahan masing-masing.  Ada yang kononnya menyembah malaikat, jin, ruh, hantu, bintang-bintang dan berhala-berhala yang dicipta.

Dan pada waktu itu juga agama ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) juga berkembang di seluruh Jazirah Arab.  Agama Yahudi di kembangkan oleh kaum Yahudi yang menetap di sana setelah diusir oleh Kerajaan Romawi dan agama Nasrani berkembang kerana mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Romawi dan Habasyah pada waktu itu.

Jilid 1 ini juga mengupas semua aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan yang bertentangan dengan akidah yang dilakukan oleh bangsa Arab pada masa itu.  Mereka juga menuduh Nabi Muhammad dengan tuduhan-tuduhan yang berat dan menyakitkan yang tidak ada seorang manusia pun yang sanggup menghadapi semua tentangan tersebut melainkan Rasulullah yang telah diberikan Allah kekuatan fizikal dan rohani. Baginda dengan penuh kesabaran dan konsisten terus menerus menyebarkan Islam dari secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan dan akhirnya sampai ke bumi Madinah. Disana juga baginda tidak sunyi menghadapi tentangan.

Milikilah Ensiklopedia Nabi Muhammad ini untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai perjuangan baginda Muhammad SAW yang dicintai.  Contohi sikap dan keperibadian baginda dalam menghadapi dugaan hidup didunia untuk kita menhadapi kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak.






No comments:

Post a Comment