- Menampilkan peribadi Nabi Muhammad SAW secara lengkap dan terperinci, terdiri daripada sepuluh jilid yang mengandungi lebih kurang 300 halaman; meliputi asal-usul keturunan Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan sahabiyah dan masyarakat disekelilingnya, penampilan fizikal dan gaya hidupnya, berbagai peranan dan pekerjaannya dalam aspek-aspek utama kehidupan serta mukjizat-mukjizat yang dikurniakan kepadanya.
- Disusun dengan kaedah kronologi dan berasaskan tema. Kaedah kronologi dipakai untuk menampilkan aspek rentetan sejarah, sedangkan kaedah yang berasaskan tema digunakan untuk mempermudahkan pemahaman pembaca.
- Karya asal bukan terjemahan; ditulis oleh para penulis muda Muslim Indonesia yang prihatin pada ilmu, sejarah dan budaya Islam.
- Disusun dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua pembaca. Sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.
- Merujuk pada sumber-sumber yang jelas dan tepat seperti Al-Quran, kitab-kitab hadis terkemuka (Kutubus Sittah), kitab-kitab sirah atau sejarah terkemuka (Thabari, Ibnu Hisyam, Ibnu Sa’ad), kitab-kitab tafsir terkemuka (Ibnu Katsir) dan lain-lain.
- Lengkap dengan teks Arab untuk sumber-sumber yang diambil dari Al-Quran dan kitab-kitab hadis, dilengkapi dengan terjemahannya dalam Bahasa Malaysia; sehingga ensiklopedia ini layak dijadikan rujukan bagi kalangan khusus yang memerlukan naskah asal (bukan terjemahan).
- Tidak mengandungi kontroversi dan bebas dari pemahaman yang menyimpang terhadap ajaran Islam kerana telah melalui pemilihan dan saringan terhadap sumber-sumber rujukan dengan menggunakan parameter pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, yakni pemahaman para Sahabat (generasi yang sezaman dengan Nabi SAW), para Tabi’in (generasi sesudah Sahabat) dan para Tabi’ut Tabi’in (generasi sesudah Tabi’in).
- Penulisan buku ini akan memudahkan para pembaca untuk mengambil ibrah penting (pelajaran berharga) dan hikmah dari setiap kejadian sejarah, peranan utama dan segala keteladanan yang dicontohi oleh tokoh-tokoh besar dalam catatan sirah nabawiyah.
- Dilengkapi dengan 5000 lebih gambar ilustrasi yang menyokong pembahasan, terdiri daripada lukisan, gambar foto, diagram dan peta. Gambar ilustrasi berfungsi untuk mencerminkan penulisan dan memperjelaskan pemahaman kerana gambar-gambar ilustrasi ini mengoptimakan fungsi otak kanan pembaca sehingga meningkatkan daya ingatan terhadap bahan bacaan.
- Susun atur dan reka bentuk secara artistik dengan tata letak dan warna yang menawan sehingga mencerahkan pandangan mata pembaca agar pembaca tidak merasa bosan dan letih ketika membaca ensiklopedia yang setiap satu jilid mempunyai lebih kurang 300 halaman.
Jika berminat untuk membeli atau menjadi pengedar, sila pm kami di http://www.facebook.com/ensiklopedia.nabi.saw
No comments:
Post a Comment